Saturday 24 September 2011

always with allah

assalamualaikum....hah entry kali nih tentang kehidupan dunia..kenapa lar saya baik sngt...hahah..grau2...saya sje buat mcm nih tpy saya iklas ape yang saya buat..This time what I want to know about life in the world ... actually really easy ... we need to pray, worship and religious practices often .. But, why this man is always difficult to do things is easy .. when things non-religious Muslims do not take seriously .. but the problem is the time now .. you all please take a groan of Islam ... Islam is this very easy ...

Allah berfirman maksudnya, Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. Surah An-Nisa, ayat 120 – 121.


Syaitan sentiasa hendak menyesatkan manusia, maka manusia perlulah mengetahui tipu daya syaitan. Tipu daya syaitan bukan sahaja berada di dalam hal duniawi tetapi juga ibadah. Sebagai contoh, seorang yang membazir ketika mengambil air sembahyang, maka terdapat tipu daya syaitan di dalamnya. Termasuk juga syaitan yang memberikan waswas ketika berwuduk, mandi wajib, solat dan sebagainya. Orang yang jahil ditipu syaitan supaya tidak menghadiri majlis ilmu manakala orang yang berilmu ditipu syaitan agar sesat sehingga wujudnya ajaran sesat yang menyeleweng.
Sebagai seorang Islam, kita hendaklah berusaha beribadah dengan sebaiknya sekalipun lintasan dari syaitan ini wujud. Sekiranya nak ditunggu lintasan dari syaitan ini hilang, memang tidak akan berlaku lah kerana memang kerja syaitan untuk menyesatkan manusia. Bolehkan kita hindarkan diri dari tipu daya syaitan? Tidak boleh. Ia seperti soalan ‘Ustaz, bagaimana nak samak kulit babi?’ …haha, sampai sudah takkan suci kulit babi tu. Samalah juga hal ini. Tidak mungkin tipu daya syaitan itu dapat dihindari tetapi kita sepatutnya menuntut ilmu agar dapat mengetahui perbezaan antara tipu daya syaitan dan lintasan ilham dari malaikat. Kerana inilah, ulama mengesyorkan seorang muslim itu untuk mendalami ilmu Tasawwuf.
Ustaz juga menegur orang yang bersolat tetapi mulutnya tertutup, dan tidak sedar bahawa dia sebenarnya membaca di dalam hati. Maka tidak sah solatnya kerana hakikat solat itu mesti disertai dengan bacaan samada perlahan atau kuat. Perlahan dibaca ketika solat Zohor dan Asar manakala kuat ketika Subuh, Maghrib dan Isyak. Tiada istilah ‘baca dalam hati’. Seperti radio, bayangkan kita pasang radio kuat. Kemudian seseorang minta kita perlahankan radio itu, maka kita perlahankan bunyinya dan bukan tutup terus bunyi radio tersebut. Bacaan perlahan dalam solat sekurang-kurangnya didengar oleh telinga sendiri, atau makmum yang disebelah kita (makmum yang disebelah makmum kita tidak lagi mendengarnya)
Hal ini sama dengan keikhlasan. Sebagai contoh seorang artis berkata, ‘Saya akan bertudung apabila tiba masanya. Saya perlukan sebenar-benar ikhlas melakukannya.’ Kalau menunggu keikhlasan itu muncul, ramailah yang tidak bertudung hingga malaikat maut menjemput. Bertudung dahulu, sekalipun dalam keadaan tidak ikhlas kerana hakikatnya ia perintah Allah yang absolute.






Islam is simple things ... I hope you all please focus on Islam ... please change to islam .. always pray, pray and pray ... I love Islam
p/s:tegur lar ye jika adew kesilapan...assalamualaikum

No comments:

blink

cusor